Blog saya comel
Si Gadis Berbelog



Assalamualaikum
Assalamualaikum. My Heart Belongs to ALLAH SWT, ALLAH SWT always there for you. never doubt it♥
My Facebook : facebook


Entry About Goodies


Tweet Deck

Ahlan Wasahlan Ya Nisfu Sya'aban !
Wednesday 4 July 2012 | 03:39 | 0Hamba Allah Berbicara
assalamualaikum and selamat petang readers ? ^^ hari ni brp hari bulan? 4 julai 2012 kan? haa malam ni malam Khamis akan dtang nya malam Nisfu Syaa'ban . seronok kan? then selepas terbenam nya matahari pada 4 julai ni maka segala buku amalan kita telah diangkat ke langit dan esok nya bermula lah kita isi amalan yg baru dgn menggunakan buku amalan yg baru :) Allah Maha Pengampun . even besar mana dosa kita Dia akan ampunkan jika kita bertaubat kepadaNYA . kita sebagai manusia biasa tdak terlepas dr membuat kesilapan . tetapi Allah tetap maafkan jika kita benar benar bertaubat dan berjanji tdak akan mengulanginya lagi . apabila nyawa kita telah Allah ambil maka tdak dpat lg lah kita nk bertaubat lg . kerana Allah dh beri masa utk kita bertaubat kepadaNya. org kata even kita bukan bergelar USTAZ/USTAZAH . dgn ilmu agama yg kita ada pon kita dpat sebarkan agama . kalau org kata kita berlagak ALIM maka jawab lah dgn "Saya nk bertemu dgn org muslim di syurga. bukan mendengar nya merintih meminta tolong di neraka. saya nk heret semua muslim masuk syurga" InsyaAllah dia akan terima teguran tersebut dgn baik :) nk ajak org ke arah kebaikan mmg susah tp berbeza dgn buat kejahatan mmg senang nk heret . tp jika kita mempunyai iman yg kuat maka semua kejahatan kita dpat elak . so di sini ferra nk share kan lebih mendalam lg pasal NISFU SYA'ABAN. so ingat mengingati lah ye readers :) tdak rugi kita saling mengingati . tarikh start couple pon dpat nk ingat . yg ni pasal Islam takan tk dpat kot :) so baca pasal nisfu sya'aban dgn lebih lanjut di bawah ni okay . Bismillahirrahmanirrahim ~

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)..


Fadhilat bulan Syaaban.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1)  Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”
(Dipetik dari kitab Durratun Nasihin). 

2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin). 

3)  Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.

ini sahaja saya dpat kongsikan . jika ada nk tambah lg sila tggal kan comment :) sesungguhnya yg "pergi" mmg tdak akan dpat kembali lg . kita kena sediakan amalan buat bekalan di hari akhirat nt . tdak kira sama ada kita KAYA atau MISKIN yg nama nya amalan akan dikira berdasarkan usaha kita sendiri di dunia . even harta kita banyak sehingga ke SUNGAI AMAZON sana kita masih tdak dpat "rasuahkan" malaikat kiri kanan utk kurangkan dan tambahkan amalan buruk dan amalan baik kita . jgn kejar DUNIAWI kerana buruk padahnya . Kejar lah akhirat maka bahagia di akhirat . kejar Allah maka Allah bg ganjaran yg tdak dpat dibayangkan . kejar harta maka Allah bg kebahagiaan di bumi shj . bekal lah amalan maka senang utk kita menjawab pertanyaan di alam barzakh nt . setiap amalan yg kita buat kita akan dpat ganjaran dan setiap kejahatan kita juga dpat balasannya . Allah Maha Adil . apabila kita telah mati nt dan setelah tujuh langkah org tggal kan kubur kita maka akan bermula lah sesi soal jawab di alam barzakh . walau di mana kita berada sentiasa lah ingat kepada Allah . nescaya Allah akan ingat kita masa Hari Penghisaban nt . InsyaAllah . so ramai ramai kita bertaubat kepada Allah . 

di sini saya ERFERRA SHARRIEZAN BT TARMIZY ingin memohon maaf jika sepanjang perkenalan kita saya ada buat anda terasa atau kecil hati dgn kata kata saya . semua buat kesilapan dan kita kena maafkan . 

" Sembahyang lah kamu sebelum kamu Disembahyangkan. taubat lah kamu kerana sesungguhnya kita sendiri yg menentukan sama ada kita masuk NERAKA atau SYURGA" 





ASSALAMUALAIKUM 

p/s Setiap yg hidup pasti kembali dan kpd Allah lah tempat di tujunya :)


|