Blog saya comel
Si Gadis Berbelog



Assalamualaikum
Assalamualaikum. My Heart Belongs to ALLAH SWT, ALLAH SWT always there for you. never doubt it♥
My Facebook : facebook


Entry About Goodies


Tweet Deck

#TipsKhusyukSolat
Thursday 6 September 2012 | 01:30 | 0Hamba Allah Berbicara
Assalamualaikum sahabat semua. d sini ana nak share TIPS KHUSYUK SOLAT utk ukhti dan akhi semua. moga moga tips ini boleh ukhti dan akhi guna dalam menunaikan ibadah kerana Allah, Insha Allah (: Ya Ukhti, Ya Akhi, "Menolong kawan itu juga satu JIHAD"? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesiapa yang berjalan dalam keadaan sedang membantu saudaranya dan memberi manfaat kepadanya, maka baginya ganjaran mujahidin di jalan Allah." (Riwayat al-Munziri). Sahabat, Jihad itu luas pengertiannya. Jangan kita memandang remeh jihad-jihad selain Jihad al-Qital iaitu jihad peperangan. Ketahuilah bahawa keseluruhan jihad itu besar kelebihannya.


1-  Jangan lalai dlm solat.Hadirkan Hati kita sekali supaya kita blh ikut sgala perbuatan dlm solat.

mksdunya:meskipon lidah bergerak baca Al-Fatihah,tp gerak lidah bkn sbb dorongan hati sbb kebiasaan mmbacanya

2- hayati makna ayat bagi mencapai khusyuk.

3- berusaha untuk membuang segala sesuatu yg takde kena mengena dalam solat dan Allah.Kosongkan fikiran

4- membayangkan ketika itu seolah-olah kita baru bangkit dr kubur & sdg soal jwb dgn Allah

5-  meletakkan segala pengharapan kpd Allah.

6- pandang pada satu tempat sahaja.Elak memandang pada banyak tempat.Cthnya sejadah tu ada gambar bunga & bucu.Pilih salah satu utk dipndng

7- fikir Allah sedang memerhatikan kita.Kita patut malu dgn Allah kalau kita tdak khusyuk.

8-  sgt besar perhatian Allah kpd org yg solat,TAPI jika hatinya Xlalai & tumpukan perhatian kpd Allah

9- apabila Allah menghadapkan WajahNya bererti Allah bersedia dengr & seterusnya mengabulkan segala doa yg kita pohon ketika solat

10-  sentiasa mendorong hati utk khusyuk.sentiasa fikir Allah akan menilai hati kita,ikhlas atau tidak.

11-  membaca dgn jelas setiap ayat yang dibaca.jgn baca laju-laju.perdengarkan setiap ayat.

12- melakukan perbuatan dalam solat dengan perlahan dan ikhlas.

13- sebelum solat beristighfar dan sebelum alfatihah sentiasa baca Auzubillahiminasyaitonirajim,untuk elak gangguan syaitan.

Maka telah ana kongsikan serba sedikit Tips tips Khusyuk Solat utk ukhti dan akhi semua. semoga bermanfaat Insha Allah. Assalamualaikum and Take care (:


#Ana ambil dr #TeamHijrah d facebook. sekadar perkongsian ukhti dan akhi sekalian (:
Posted By Hamba Allah (:

Hijrahku
Wednesday 5 September 2012 | 02:55 | 0Hamba Allah Berbicara
Assalamualaikum Hamba Allah semuanya (: d sini saya ingin berkongsi sedikit tentang penghijrahan saya dalam memperbaiki diri. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT krna telah membuka pintu hidayah kpd saya utk menuju ke jalan-NYA. saya bersyukur sngat kpd Allah. bukan semua org dpat berubah tp jika usaha itu sntiasa kita lakukan Insha Allah kita akan menemui sesuatu yg Allah suka kita buat (:

Ya Sahabat, saya dahulu bukanlah seorang yg baik, bahkan saya pernah melanggar perintah Allah SWT, saya pernah tggal solat, Masha Allah sgguh ingkarnya saya pd apa yg Allah perintahkan. saya selalu meremehkan apa yg Allah perintahkan. dahulu saya fikirkan bhw "mati itu hanya pd jangka usia tua" tdak sahabat. mati itu tiba pd bila bila masa tanpa kenal usia. even masa kecil pun Allah akan tarik nyawa kita jika Dia mahukan spt itu. tanpa saya sedar sgguh lama saya meninggalkan apa yg Allah perintahkan. saya solat kadang2. tp saya tahu Allah murka dgn apa yg saya buat. disebabkan nafsu sahabat, nafsu yg membuak buak, membuatkan saya tdak solat Lima Waktu sahabat. saya bukanlah seorang yg baik sahabat. dulu saya pernah bercouple juga spt remaja remaja d luar sana. saya lalai dgn dunya. Ya Allah sgguh jahat saya pd suatu masa dahulu. saya belajar agama tp saya tdak menjalankan pelajaran islam yg saya pelajari. tanpa saya sedar, saya semakin jauh dgn Allah, saya semakin jauh dgn ni'mat Allah, saya semakin jauh dgn rezeki Allah, saya lalai, saya terlalu alpa dgn dunya, Masha Allah, saya sgt bersyukur krna d saat saya melanggar apa yg Allah perintahkan, Allah tdak tarik nyawa saya serta merta. Alhamdulillah bersyukur sgt sgt. dan pada suatu hari sahabat, tikamana saya tngah melayari internet, saya terlihat satu ayat yg seorg Hamba Allah katakan "tutuplah auratmu sebelum org lain menutup auratmu" terkedu saya melihat ayat itu, dan mulai saat itu saya mula fikirkan apa yg Hamba Allah itu katakan, kalau saya tdak tutup aurat neraka lah tempat saya, syaitanlah peneman saya? Masha Allah. d saat itulah saya mula berjinak jinak menuruti pd perintah Allah, lakukan segala apa yg Allah perintahkan, saya berjinak jinak menutup aurat, dr freehair saya mula memakai tudung dgn baik, saya berhasrat ingin menjadi seorang Muslimah yg berjaya d dunya mahupun Akhirah, Insha Allah, hanya Allah yg Mengetahui, tetapi sahabat, dalam kita menuju ke jalan Allah sudah tentu ada dugaan nya? ya semua menerima dugaan tetapi dugaan yg kita terima itu berlainan dan cara menyelesaikannya pun berlainan sahabat. d dalam proses saya berhijrah ke jalan Allah, menuju ke jalan yg lurus, jalan yg Allah suka, maka Allah telah menghantar plbg dugaan kpd saya, antaranya datang HambaNYA yg memerli saya dalam saya memperbaiki diri, d mana mereka perli saya dgn mengatakan "dalam rumah pun nak pakai tdung? Muslimah lah sngat kan?" Ya Sahabat, saya pakai tdung d dalam rumah krna terdapat org yg bukan Mahram sahabat, bukan maksud tk menunjuk nunjuk, saya sudah berjanji dgn Allah utk tdak kembali kpd siapa saya yg dulu, semua manusia berhak utk berubah, sahabat "jangan lihat seseorg itu pada siapa dia dahulu, tp lihatlah seseorg itu pd siapa dia sekarang" benar sahabat. tdak semua manusia itu selamanya jahat. saya berubah demi Allah bukan demi mereka. ya sahabat, sememangnya dugaan itu dtang tanpa diduga, dan tanpa menghiraukan perlian mereka saya tetap dgn niat saya, saya tahu dugaan itu dtang dlam bntuk yg berlainan. kita kena hadapi dgn sabar krna "Allah sntiasa bersama dgn HambaNYA yg sabar" berbagai bagai dugaan yg saya terima, dan ada satu dugaan yg Allah hantar d mana HambaNYA berkata "jangan tutup aurat melampau. tutup ala kadar shj" Masha Allah. dgn memakai stoking, memakai baju labuh, dan tdung labuh, adakah itu melampau sahabat? saya rasakan itu tdak melampau sahabat, saya hadapinya dgn sabar krna bnyak yg mendorong saya iaitu sahabat saya d dalam #TeamKhemah bnyak menyokong saya dalam penghijrahan ini. sememangnya merekalah yg bnyak memberi semangat utk saya. dan pernah saya memberitahu kpd mereka iaitu niat saya utk menjadi Niqabis. dan seorg HambaNYA berkata "buatlah solat istikharah. Allah lebih tahu apa yg HambaNYA lakukan, Allah tahu apa yg baik utk HambaNYA" dan saya terharu dengan apa yg dia katakan, semoga Allah merahmatimu Hamba Allah, dan saya berterima kasih kpd setiap Hamba Allah yg menyokong saya dalam penghijrahan ini. Ya Sahabat, sememangnya "Mujahidah itu PAHIT krna Syurga itu MANIS" sahabat, maka bersabarlah kamu dgn apa yg Allah hantar sbg dugaan, anggaplah ia sbg hadiah dr Allah, dan jika kamu ingin tahu adakah sesuatu itu baik utk kamu maka lakukan solat istikharah Insha Allah, Allah akan tunjukkan apa yg baik utk kamu.

 SOLAT SUNAT ISTIKHARAH 

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ،وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

itulah dia solat istikharah yg saya maksudkan sahabat. lakukan bnyak itu lbh baik sahabat (: Insha Allah . Ya Sahabat, Alhamdulillah skarang saya dlam penghijrahan utk ke arah jalan yg diredhai Allah, diharap anda ada utk menyokong saya sahabat, saya belum cukup bagus, tp saya sedang memperbaiki diri, saya belum cukup alim, tp saya dalam proses utk bergelar seorg Muslimah, Insha Allah.

Alhamdulillah, saya rasa sngat dilindungi skarang, Alhamdulillah saya berada d jalan yg benar skarang, Alhamdulillah krna Allah msh memberi peluang kpd saya utk berubah menjadi seorang Muslim yg berguna, Alhamdulillah saya mendapat sahabat yg sntiasa menyokong saya, Alhamdulillah saya diberi Allah nyawa lg utk bertaubat kpdNYA, Alhamdulillah krna Allah telah membuka pintu hati saya utk balik kpd Allah, dan Alhamdulillah skarang saya telah berada d jalan Allah sehingga ke akhir hayat (:

Ya Sahabat, entry saya kali ini bukanlah bermaksud utk Riak mahupun menunjuk nunjuk, tetapi saya ikhlas kongsikan penghijrahan saya, apa yg saya harap HambaNYA dpat menerima dgn hati yg terbuka, semua HambaNYA berhak berubah sahabat, 

"jika seorang Hamba Allah itu ingin berubah ke jalan Allah, maka tdak ada sesiapa pun yg dapat menghalangnya even yg terkaya d dunia"

bertaubatlah sementara Allah msh membuka pintu taubat utk kita, kalau mati tanpa sempat bertaubat macam mana sahabat? Ya Allah sakit azab neraka yg kita terima sahabat, sngat sakit, Ya Muslimah tutuplah auratmu dgn satu rasa iaitu rasa Taat kpd Allah SWT bukan krna mengharapkan pujian bahkan harapkan manusia lain memujimu cantik, tutuplah auratmu dgn sempurna Ya Ukhti, Insha Allah (: jangan hiraukan dgn apa yg org perli dalam kamu memperbaiki diri krna yg memberi pahala itu ialah Allah SWT bukan mereka yg memerli sahabat. diharapkan anda menggunakan sebaiknya apa yg saya sampaikan. bukan utk meninggi diri tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman kita. Islam itu bersaudara sahabat bukan bermusuhan. 

Ya Ukhti, if you feel free to show your body, your aurah why dnt you feel free to cover your aurah? Ya Ukhti, Cover your HAIR not your BRAIN, Ya Ukhti, "COVERING AURAH IS NOT JUST COVERING YOUR HAIR BUT IT IS ABOUT COVERING THE PART THAT ALLAH SWT LABEL AS 'AURAH'" Ya Ukhti, semoga kamu semua menutup aurat dgn sempurna sebelum kain putih yg menutup auratmu dgn sempurna d mana amalan kamu tdak dikira lg saat itu (: saya bukanlah menunjuk baik tetapi saya hanya ingin menjadi baik, sama ada d antara kamu yg membaca ini menganggap saya riak atau apa shj itu terpulang kpd anda sndr, tetapi niat saya ikhlas dan hanya ingin berkongsi sahabat, Allah Maha Mengetahui sahabat, 

Ya Ukhti, Menutup Aurat Itu Indah 

tetapi hendaklah kamu melabuhkan tudung kamu ke dada Muslimah, jika tdak maka kamu dianggap gagal utk menutup aurat, kamu dianggap berpakaian tetapi telanjang (:



sampai d sini shj entry saya kali ini, terima kasih kerana membaca entry saya, May Allah Bless You. Selamat Beramal dan Selamat menempuh dugaan Allah semasa berhijrah ke jalan Allah, sabarlah duhai Hamba Allah (: Assalamualaikum and Take Care sahabat (:

Posted By Hamba Allah (:

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !
Thursday 16 August 2012 | 02:47 | 0Hamba Allah Berbicara
atuk saya tkde kt TV so saya ambil word jaa -.-"

Assalamualaikum and hai hai! amboiii ala ala DJ plak kan? HIHI, haaaaa ada dngar lagu tu? lagu apa?huhh? lagu Ajuan Ali? ishhh pi korek telinga tu. lagu raya lah. haaaa so kali ni entry cnfirm pasal Ajuan Ali Buat Rumah Terbuka Ehh salah salah! mst lah pasal RAYA atau SYAWAL kan? ehh sama je maksud dia kan? apa apa aje lah *bunyi Samsul Ghau Ghau. ishhh merepek jaa ferra ni. Haaaaa. mmg semua dah tahu yg Ahad ni kita akan Beraya dan meninggalkan Bulan Ramadhan kan? :( tp ferra sedih bila Ramadhan nk pg coz hanya bulan ni jaa kita dapat membuat Pesta Ibadah, Pahala Allah SWT beri berganda ganda dr biasa . tp kita skarang? terlalu Gembira bila Ramadhan nk habis, hm. suatu masa dulu, Para Anbia mereka kalau boleh nak SETAHUN tu hanya Bulan PUASA. kita ni SEBULAN ni pun dah macam apa, RUNGUTAN tak habis habis kan. bg sesiapa yg tk pandai menghayati Ramadhan mmg akan suka kalau Ramadhan nak habis kan? Hm. tkpe lah nak buat macam mana kan? Masa Allah SWT yg tentukan, kita hanya melaluinya, harap harap kita gunakan masa yg Allah SWT aturkan ni, semoga amalan kita selama SEBULAN ni Allah SWT terima sepenuhnya dan DOSA lalu kita Allah SWT ampunkan. Amin~ just tggal beberapa hari jaa lg nk Raya, so buatlah amalan sebanyak mungkin, kalau ada jumpa Malam lailatul Qadr tu Alhamdulillah lah kan? tu Allah SWT anugerahkan, kita mst Bersyukur kan? haaaaaaa! buat lah amal ibadah banyak banyak dgn IKHLAS dgn harapan Allah SWT akan menerima semuanya, Amin~ so jgn sedih sedih nt Allah SWT tk suka. gembiralah dgn Hari Hari yg Allah SWT dah kurniakan. okay! berbalik pd Raya td, haaaaaaa! semua tau kan kalau raya kita buat apa? ya macam macam benda baru kita dapat kan? kira semua "Bau Baru" lah kan? *peace. and and and tak lupa jgk DUIT RAYA DUIT RAYA! HIHI. ferra still dapat duit raya tau coz badan kecil org ingat ferra budak lg >.< so mari kita tngok apa persiapan org before RAYA/SYAWAL ? scroll then baca ehh? tak kan nk dngar lagu tu je. lempang kang (: let start it!

# Kuih Raya 


haaaaa haaaa! knp terliur ni? ishhh puasa puasa! haaaa tau kan apa tu? tk tau? mehh sini ferra suruh M Daud Kilau bawak awak gelek. alahai kuih raya ahh, a'ah biskut pun ada jgk. ferra just bg dua gambar je, ye laa nk letak semua mana larat kan? kang tak pasal pasal batal puasa *peace. ni lah antara yg org buat time time nak raya ni. sometimes kita tolong sometimes tolong makan kan? jgn nk tipu coz ferra pun ada macam ni dulu, time tu ferra umur 5tahun lg, budak budak gitu kan, masa tu mama ferra ngn arwah nenek buat kuih raya, ferra masa syok tngok TV "TER"bau something yg alahai buat perut ferra berkeroncong utk Ana! alahai terus bangun then pg dapur terus. tngok mama and arwah nenek buat kuih raya then ferra cakap. "mama ohh ohh mama pandai nya buat kuih kan kan? nenek ihh ihh pandai jgk" then serentak mereka jawab "JANGAN NK BERBUKA MASA NI!" amboiii mereka siap serentak lg kan? punya pandai baca fikiran ferra, HIHI, then ferra dgn muka yg hampa plus muka kesian terus duduk tngok mereka buat kuih dgn harapan mereka akan bg ferra berbuka masa tu. HIHI. punya lah kejam mereka buat buat tk tau kewujudan ferra kt situ. tsk tsk *lagu ombak rindu turn on. then masa kuih dah siap mama and nenek pun kata "adik, kami nk solat ni, jgn kacau kuih tu ehh, tu utk raya nt" then ferra jawab dgn rasa yg gembira smbil bangun dan buat mata besar alaaa pussy cat jawab "baiklah mama" nampak permainan ferra? shhhhhh. then masa mereka solat tu lah ferra ambil dalam 6potong kuih yg dah mama potong, then lari lelaju mengalahkan F1 terus pg luar rumah. kt luar rumah tu ferra tngok dulu kuih tu lelama then "aapppp apppp appp" apa lg makanlah. *peace. masa kuih tu tggal dua je terdengar bisikan ayu ehh ehh salah terdengar suara org dr belakang then cakap "ehem ehemmmmmm nahh ni ada lg banyak ni. makan lah smpai habis ye adik" aku terkejut sambil batuk batuk terus buat Duckface. k tu tipu. aku pusing belakang and senyum senyum then jawab "hehe nah mama, adik tk makan lg kuih ni, adik amik 2 je td, betul mama" then mama kata "elehh ingat mama tk nampak? dah dah makan jaa sana" HAHA tngok ? nakalnya ferra ni. asyik nk ponteng puasa jaa XD. okay cukup lah kan pasal tu? 

# Barang Raya



tngokk tu tngokk! a'ah baju raya kan? haaaaa kalau cakap pasal raya mst ada Baju Kurung ngn Baju Melayu kan? haaaa fera tau. awak yg baca ni mst dah beli kan baju tu? ferra pun dah beli *tak tanya pun. masa ni lah kompleks ramai org . ada yg beli langsir ada yg beli tudung ada yg beli baju ada yg beli Piala Ajuan Ali ehh ehh? tkde kena mengena. masa ni jgk lah banyak SALE $$$ . HAHA. kan kan? mmg betul, siap smpai 70% lg diskaun kan? alahai hari hari lain taknak buat macam ni kan? pelik jaaa . kalau masa beli barang raya ni sefamily jaa turun kan? mula lah ayah mama pesan "pegang tngan kuat kuat, nt hilang susah cari, nt sesat" kan kan? ferra selalu dapat macam tu. even skarang pun msh. sayangnya mereka kt kita kan ? *wipe tears. pernah masa dulu ferra umur 6tahun pg shopping lah kiranya kan?. ntah macam mana lah tngan boleh terlepas dr ayah masa tu. maybe ayah sibuk pilih barang kot. then abang kata "ayah! adik mana?" ayah terus panic macam M daud Kilau cari alat gelek dia . HIHI. dia cari cari kt kedai yg mereka dah pergi then jumpa kt satu kedai barang budak tngok ferra syok je berbual dgn tauke kedai tu then masa tu ayah kata "adik? ishh degilnya, kan ayah kata jgn lepas tngan ayah. kan hilang sekejap" ferra pun terus kata "yea yea hilang yea yea. apa yg hilang ayah?" HAHA. punya soalan aku mengancam mengalah gelekan M Daud kilau . ayah just geleng geleng kepala. then masa nk keluar dr kedai tu tauke lelaki tu bg ferra satu baju kurung colour purple yg mmg colour fav ferra. masa berbual td org tu sempat tanya macam macam kt aku termasuk colour fav aku. dia tau yg ada org akan cari aku kt situ. nasib baik tk kena culik kan. then aku cakap kt tauke tu "macehh uncle, nt kita jumpa lg ehh, tahun depan *senyum" then aku salam tauke tu. ayah aku kata "bestnya dapat baju free kan? bagus adik ni duduk satu tempat jaa kalau hilang" aku pun terus senyum buat peace then duckface.okay okay! tipu lg . HIHI. aku senyum terus buat muka comel kt ayah. ayah just senyum jaa dgn kerenah aku.

# Kemas Rumah

masa raya mmg org sibuk kemas rumah. kalau boleh lebih kemas dr kepala org botak. halussssss gitu. HIHI. masa kemas rumah ferra tkde sejarah apa apa pun. ferra tk boleh tolong. mama tk bg. skarang ada tolong. dah besar kan. tolong lah kemas kemas rumah. jgn ingat nk tngok M Daud kilau gelek jaa *peace then lari


# Menjelang Raya / Malam Raya
ehh ehh? dah malam raya ke? ishh dalam blog ni jaa dah malam raya. awak semua belum lg. sabar lah. bukan ke "Sabar itu ada Hikmahnya" *senyum. haaa masa ni saya tau mst semua akan tak sabar nk berbuka then duduk depan TV tggu atuk saya umumkan sesuatu kan kan? tau dah (: then bila atuk saya kata "esok raya" mst ada yg melompat lompat smpai tertanggal seluar pun tk sedar. tipu jaa. mana pernah kan? then ada yg terus main mercun. ishh ishh knp lah suka sngat Ramadhan habis? kan hanya Bulan Ramadhan jaa kita dapat pahala yg berganda ganda. hm. nk gembira tu boleh tp jgn terlalu gembira ehh? jgn lupa bersyukur kpd Allah SWT coz Dia yg buat umur kita pnjg dan habiskan Ramadhan. apa yg dah berlalu tu biarlah. jgn kesal. yakinlah yg kita dah buat amalan dgn baik. Amin~ haaaaa! masa ni mula lah bebudak main mercun. then ada yg keluar rumah then kata "esok raya esok raya" dgn lompatnya macam atlet nk terjun bangunan pavi dah. then jatuh kan "Final Destination" kan kan? *kena baling ngn lemang bebanyak. okay okay. tp kenalah jaga diri kan? takut tk sempat merasa Syawal kali ni, ajal kan d tangan Allah SWT . so dah Syawal tu dah lah. jgn sesekali lupa Allah SWT masa ni okay. then masa menjelang raya ni kan mst org sibuk kemas ni kemas tu then mst ada yg pggil kita masa kita sesedap online . mst dorg pggil macam ni, parents kita lah selalu kan "adik buat tu stop online, laptop kena baling nt/kakak tolong mama buat ni, stop online laptop kena sorok nt/abang buat ni ni dan tu" haaa kemain lg kan macam macam kena suruh masa sesedap online ala ala gelek M Daud Kilau kan? tp kena tolong mereka jgk, kesian nt mereka penat *senyum tunjuk gigi. online tu nt lah dapat kan? then masa ni sanak saudara berkumpul depan rumah lepas kemas rumah, then ingat masa dulu dulu, kan kan? cehhhh, jejak kasih katakan kita semua. lama tk jumpa. ye lahh jarang semua dapat tggal serumah kan kalau bukan masa raya ni haaa *jeling. tp tanpa keluarga kita tiada siapa d dunia ni, mungkin kita tk lahir pun, dan tanpa Allah SWT kita "NOTHING" masa meneruskan hidup (: masa paling best adalah bila kita main "bunga api" ye kita yg tua mengalah org tua pun join main bunga api kan? haaaa yeaaaa sayapun sama *tutup muka. HAHA. mercun yg paling best ialah M-POP to the V-POP to the L-POP to the J-POP to the D-POP to the F-POP to the K-POP terus lah menjadi POP POP . yeahhhh! ehh apa aku merepek ni? mst korg kata aku ni tk betul kan? mana ada. aku cakap betul lah lah lah lah *kena baling ngn meriam





# First Day Raya
haaaaaa! ehh macam Melodi plak kan kena sergah bagai. HIHI. tau tu? ada tngok tu? *tunjuk. a'ah "First Day Raya" . hm, first day raya kita buat apa dulu? belajar menari gelek M Daud Kilau? ishhh tk baik lah. kita Solat Raya dulu lah kan? haa masa ni mst semua pakai baju raya baru, colourful gitu . cewahhhh ayat ni kemain *peace. before pg kita kemas cantik cantik dulu kan? haaa tau lah. then masa tu tngok lemang, rendang ayam, kuih muih, segala makanan yg ada masa raya semua dah tersedia d atas meja makan. cewahhh kita apa lg ters makan ntah dah gosok gigi ke belum makan je kan? okay tipu. then mst ada antara kita yg akan kata "ehh hr ni tk puasa lg ke? betul ke hr ni kita raya? ehh ehh macam mimpi lah kan?" ishhh mmg banyak tanya kan? sekali lempang baru tau nk diam and makan jaa *peace tunjuk gigi. tp before kita buat semua tu bangun tdur lg jangan lupa ucap "Alhamdulillah" dan syukur kpd pencipta kita iaitu Allah SWT tau coz kita dapat merasa Syawal ni dgn keadaan yg sihat. jgn lupa ehh! 





 hm. ferra rasa ni je kot nak share to all of you. actually theres a lot of memory that i wanna share to all of you but hm tk payah lah banyak sngat :') enough w this right? btw Ferra minta maaf kalau sepanjang kita kenal ferra ada buat salah kt you you you you and you *peace tunjuk gigi . mungkin sengaja atau tk sengaja ferra minta maaf okay. jgn lupa minta maaf kpd ibu bapa, sanak saudara, even tk buat salah pun kena minta maaf jgk okay. "Memaafkan Orang itu Amalan Mulia"

"Sambut lah AidilFitri kerana satu rasa, bukan rasa GEMBIRA kerana Ramadhan dah habis, tp sambutlah dgn rasa GEMBIRA kerana kita dapat mendidik, mengawal NAFSU kita dr hasutan diri sendiri"


Maaf kan saya dar hujung rambut sampai ke hujung kaki . segala salah silap saya mohon maafkan ya Hamba Allah, saya hanya manusia biasa yg sering melakukan kesilapan. maafkan saya dan saya sudah maafkan semua Hamba Allah baik yg mengenali diri ini atau tdak (:



dan sekali lagi saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir & Batin" to all my Muslim friends and relatives! (:


Posted by,
Hamba Allah yang Comel.

Padang Mahsyar
Friday 10 August 2012 | 21:12 | 0Hamba Allah Berbicara




Assalamualaikum Ya Hamba Allah SWT, Ummat Muhammad SAW, Anak Adam AS, Sahabatku, mungkin sudah agak lama saya tak update blog, tp pd kali ini saya ingin kongsikan pula pasal "12 Barisan Di Padang Mahsyar". tau kan apa itu Padang Mahsyar? semua yg Muslim tau ni, Padang Mahsyar d mana akan berkumpul semua Hamba Allah SWT dgn tdak mengenali d antara satu sama lain, dgn berbogel, tp akan ada pakaian bg HambaNYA yg taat pd perintahNYA d dunia dulu, Wallahu'alam. now mari kita tngok apakah yg dimaksudkan dg entry saya kali ini. Bismillahirrahmannirrahim~

Pada suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai Firman Allah SWT : ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris baris" ( Surah An Naba' : Ayat 1 ) 

mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah baju Baginda dan menjawab :

"Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada Aku perkara yg amat besar, bahawa UmmatKu akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi "12 BARISAN" masing masing dgn pembawaan mereka sendiri"

Maka dinyatakan apakah 12 BARISAN itu? :-





Antara 12 Barisan di Padang Mahsyar ialah :

# Barisan PERTAMA
- Diiring dr kubur dengan tidak bertangan dan berkaki . keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT Yang Maha Pengasih yg Bermaksud :-

"mereka itulah golongan ketika hidupnya menyakiti jirannya maka inilah balasannya"

# Barisan KEDUA
- Diiringi dari kubur berbentuk BABI HUTAN. datanglah suara dari sisi Allah SWT :-

"mereka itu ialah orang yg ketika hidupnya meringankan Solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah NERAKA"

# Barisan KETIGA
- Diiringi dari kubur berbentuk KELDAI, perut mereka penuh dgn Kala Jengking dan Ular, mereka ialah orang yg enggan membayar Zakat dan tempat kembalinya adalah NERAKA .

# Barisan KEEMPAT
- Diiringi dari kubur dengan keadaan Darah seperti air pancutan keluar dr mulut mereka, mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya ialah NERAKA .

# Barisan KELIMA 
- Diiringi dari kubur dengan bau busuk. ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman Padang Mahsyar. Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah SWT. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.

# Barisan KEENAM
- Diiringi dari kubur dengan kepala terputus dari badan. Mereka ialah orang yang menjadi Saksi Palsu. inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA .

# Barisan KETUJUH
- Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar Nanah dan Darah. Mereka ialah orang yg enggan memberi kesaksian atas kebenaran. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA .

# Barisan KELAPAN
- Diiringi dar kubur di dalam keadaan kepala terbalik ke bawah dan kaki ke atas. Mereka ialah orang yg berzina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA .

# Barisan KESEMBILAN
- Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh, mereka ialah orang yg memakan harta anak yatim dengan cara haram. Maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah NERAKA .

# Barisan KESEPULUH
- Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta. mereka ialah orang yg derhaka kepada orang tuanya. maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah NERAKA .

# Barisan KESEBELAS
- Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran, Mereka ialah orang yg minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA .




# Barisan KEDUA BELAS
- Diiringi dar kubur dengan wajah yang bersinar sinar laksana bulan purnama, mereka melalui titian As-Sirat sepantas KILAT. maka datanglah suara dari sisi Allah SWT Yang Maha Pengasih memaklumkan :-

"mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat LIMA WAKTU, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat"

- Maka inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah SYURGA, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan dari Allah Yang Maha Agung.

Daripada Anas bin Malik R.A telah berkata :-
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :-
sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ( maksud ) :-
"Wahai Anak Adam! apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKU maka AKU akan mengampunimu dan tidak akan menganggap ianya satu bebanan. Wahai Anak Adam! sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunan kepadaKU, nescaya AKU akan mengampuninya. Wahai Anak Adam! Jika kamu menemuiKU ( selepas mati ) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKU dengan keadaan tidak syirik kepadaKU dengan sesuatu nescaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu"

SUBHANALLAH! rasa menangis diri ini membayangkan di mana kita akan berdiri kelak? Ya Allah semoga kami tidak tergolong dalam barisan PERTAMA hingga KESEBELAS. Amin~ 

"Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMU, bantulah kami mensyukuri NikmatMU dan bantulah kami memperbaiki ibadah kami kepadaMU"




Maka pembaca sekalian! bertaubatlah sementara Allah SWT memberi peluang, kejarlah Allah SWT demi mendapatkan barisan yang KEDUA BELAS, semoga entry ferra kali ini berguna untuk semua yg membacanya, cepat cepat lah kembali kepada Allah Azzawajalla, semoga Allah SWT akan sntiasa mengampuni dosa dosa kita walau dengan cara apa sekalipun, Amin~ berakhir sudah entry kali ini, gunakan sebaik baiknya, sampaikan lah kepada Muslim yang lain, InsyaAllah mereka Insaf bila mendengarnya, Assalamualaikum~

Posted By,
Hamba Allah Yang Comel (:








Ya Allah Saya Kejam
Thursday 26 July 2012 | 21:09 | 0Hamba Allah Berbicara
Assalamualaikum readers, ada tngok title blog saya? ya mcam takut sngat bunyi kan? siapa kejam? awak ke? dia ke? org tu ke? org ni ke? tak tak! saya yg kejam. knp? saya pun tak tahu lah, tp saya rasa saya mmg kejam melayan seorang Hamba Allah ni, saya selalu sakitkan hati dia, selalu buat dia terasa dgn kata kata saya, semua text saya buat dia terasa, Ya Allah Kejamnya Saya ni!



Awak,
kalau awak ada baca ni, saya nk minta maaf kt awak, saya selalu kejam kt awak, maybe awak menafikannya, tp saya mengaku saya selalu kejam dgn awak, saya selalu buat salah kt awak, awak tk pernah nk marah saya, awak selalu tenangkan saya d saat saya sedih, tp saya selalu tk dapat kawal emosi saya bila saya sedih and saya pun pernah lepaskan marah saya kt awak, tp awak tetap sabar and still try nk tenangkan saya, awak seorang kawan yg baik, awak layan saya dgn baik, saya tk layan awak dgn baik, tp bila saya text awak, video call awak, saya rasa awak sngat menghargai saya, biar org kata tu bukan cara nk hargai org, setiap org ada cara nk rasa bgaimana d hargai org, saya rasa sngat lah dihargai bila awak sentiasa ada utk saya. awak, saya bnyak buat silap pd awak, awak selalu sedih kerana saya, sama macam hr ini, saya sakitkan hati awak, saya buat awak "badmood", awak, saya bukan sngaja buat semua tu kt awak, saya minta maaf kt awak, awak kawan saya, saya sngat sayangkan awak, tk kiralah awak sayang saya ke tak, saya tetap akan sayang awak, saya sayang awak kerana Allah SWT. malam tu saya kan dah kata kt awak better kita jgn cntct lg tp awak still nk cntct dgn saya yg selalu buat awak sakit hati. mmg awak tk cakap tp saya tahu awak sakit hati kerana saya. saya sayang awak tp saya selalu sakitkan hati awak, better awak jauhkan diri dr saya, tk suka tngok awak terasa, sakit hati, sedih hanya kerana saya ni! Ya Allah, terlalu kejam saya melayan awak lah, mmg sakit utk saya lepaskan awak yg saya sayang, even kita baru kenal saya tahu awak macam mana and awak pun tahu saya macam mana, awak suka gurau dgn saya, saya share problem saya kt awak, awak share problem awak kt saya, kita sama sama kongsi problem kita, setiap hari saya rindukan awak, bila saya rindu saya akan baca "Ma Fiqalbi Ghairullah" and saya tahu awak pun sama akan baca tu kalau awak rindu saya (': kita setiap hari cntct sehinggalah hari ini, kita text and last text kita mmg macam kita tk puas hati antara satu sama lain, ya saya tahu, hanya kerana satu benda yg saya tanya tu buat kita berdua tk text dah, saya tahu tu salah saya, ya salah saya, awak tk salah pun, awak tanya saya tp saya tk jawab, tp awak, saya terasa bila awak lupa benda tu, bukan nk paksa awak utk ingat, but at least awak ingat lah bulan nya, atau tarikhnya, tp awak langsung tk ingat, nk kata sedih tu tdak lah, saya okay (: awak dah tk perlu risau dgn saya coz saya akan try jauhkan diri dgn awak even awak tahu yg saya sayangkan awak sngat! malam tu saya dah kata stop cntct coz saya tk layak jd kawan awak, tp awak degil, still kata saya sentiasa layak utk awak, saya tahu saya bukan kawan yg baik lah awak, awak tu boleh dpat kawan yg better dr saya, saya blm dpat happykan awak lah, saya dah penat menyakiti awak, penat buat awak sedih, penat buat awak terasa dgn kata kata saya, penat nk kongsi semua dgn awak coz saya tahu iyu membebankan awak, ya mmg membebankan awak, saya tk tipu, thats why saya lbh suka sensorang, kalau saya sharekan lg problem dgn awak, ia akan tambah problem awak and buat awak stress kan? tkpe (: lepas ni if kita still cntct saya tak akan share lg problem saya kt awak, biar saya pendam [roblem tu, saya tk layak nk mengadu kat awak dah, saya akan sentiasa gembira bila dgn awak, saya tak akan bg tau apa problem saya lg, saya tk mengadu lg kt awak, maybe saya akan lain lepas ni, apa yg saya nak awak fikir ialah "jauhkan diri awak dr saya, ferra kejam, ferra jahat, jgn dekat dgn ferra lg" saya nk awak fikir macam tu okay, saya okay d sini, awak tak payah risau. awak, saya sentiasa ingat awak, terima kasih kerana biarkan saya menyayangi awak and terima kasih kerana awak menyayangi saya juga, awak jaga saya, jaga kesihatan saya masa saya tk tentu arah hari tu, terima kasih awak! saya terhutang budi kt awak...................... Awak, saya sayang awak, awak kawan saya yg terbaik, awak lbh better dr AS tu, Demi Allah saya sngat menghargai awak dalam hidup saya, Hanya Allah yg dapat balas semua kebaikan awak kpd saya, Saya hanya mampu berdoa kpd  Allah and biarlah Allah yg aturkan segalanya , apa apa pun SAYA SAYANG AWAK! ................. xoxo (':
Saya tahu yg ni akan jadi coz saya mmg selalu kena macam ni awak, saya Redha dgn apa yg Allah dh buat kt saya (':


Posted By, 
Hamba Allah Yang Comel xoxo



Puasa Ohh Puasa
Sunday 22 July 2012 | 21:35 | 0Hamba Allah Berbicara
Hai *lambai ala ala Miss World. ehh apa aku merepek awal entry ni? okay aku tahu. korg tk payah lah sibuk. pg main jauh jauh *kena baling ngn periuk rumah Ajuan Ali. okay tk lucu. first of all *wahh ayat aku kemain bajet. ada tngok title entry aku? apa dia ? apa dia? huhh? "Ajuan Ali jd Juara MasterChef" ishh lempang lelaju kang! k tk kelakar -.-" okay tngok tajuk pun tahu kan entry kali ni pasal puasa ? okay aku just nk kata yg masa puasa dulu ehh jap jap masa aku kecil dulu kalau time puasa mst ada "Best Moment" kan? huhh best lah sngat *tngan ke dada mata ke atas. apa yg aku maksudkan best tu korg mst faham kan? kalau tk faham kau pg tanya yg faham . okay maksud aku mst lah ada PONTENG kan? masa kecil dulu? tipu kalau kau tk pernah , okay aku mengaku aku pernah .

# Kisah Pertama 
alolo shuwitttt nya aku *ayat rempit gitu . masa ni aku umur 5 tahun, and korg tau lah kan masa tu kita punya nafsu alahai menguasai diri. tetttt! okay mmg menguasai diri aku. selalunya aku kalau hari biasa balik dr tadika aku akan minum Ribena dalam botol susu. kau tngok betapa mintak pelempang nya aku. umur dah 6 tahun still minum pakai botol susu. bertuah punya kau ferra ! okay bukan nk cerita pasal bertuahnya aku masa kecik . k aku dulu arwah nenek yg selalu buatkan air ribena tu. kanak kanak Ribena katakan. aku selalu kalau balik aku akan kata kt nenek "Nenek! nk air Ribena sedap sedap tau! sayang nenek" okay aku mmg seorang yg suka suruh org masa kecik *buat gaya peace . then kalau dah tetiap hari mst biasa dah kan . then bila dh first puasa mmg aku mintak nenek buatkan and tetiba nenek kata "hari ni adik kan puasa, mana boleh minum sampai waktu berbuka" and aku kata dalam hati "ehh terlupa plak. okay lah terpaksa tahan" aku pun tngok ahh TV kan utk hilangkan rasa haus . ntah dr mana punya Setan masuk minda aku suruh aku berbuka masa tu jgak. first tu mmg aku dapat tahan . tk pedulikan . then tetiba badan angkat, HAHA. aku pg ahh dapur then bukak peti ais ada satu botol Ribena yg belum buat lg . aku punya lah tergoda dgn Ribena tu dan mula carik botol susu utk buat. tngok lah sempat lg nk carik botol susu dalam keadaan yg dah macam Ajuan Ali gelabah nampak lipas terbang. then jumpalah botol susu tu pdahal aku dpat buat dalam MUG kan. so aku pun letak lah dalam botol susu then ohhhh nikmatnya aku minum. sejuk plak tu. then berhenti minum jap nk tngok Line clear tk. bila tngok mmg org tngah layan TV kt luar . aku apa lg mmg niat minum sampai habis. and hajat aku tercapai. ntah masa bila kan mama aku masuk menyelinap dah macam Polis Gerak Khas plak kan mama aku. dia siap bukak peti ais lg suruh aku tambah lg. tngok punya lah berbisa perli mama aku. HAHA. and hr tu aku tk puasa lah jawabnya kan. tp bila kawan tanya aku akan jawab "wehh ferra sorang je dapat puasa penuh dalam tadika ni" dgn berlagak penuh riak aku. ishhh nak je korg baling kasut Ajuan Ali kt aku kan? 


# Kisah Kedua
amboiii punyalah banyak "kebaikan" yg aku buat masa kecik kan? okay ni masa aku Tahun 1. kau tngok lah aku ni mmg nakal kan? okay masa tu kami ada kelas agama. cewahhhh punya lah rajin . elehhh rajin terpaksa je pun. okay masa tu sekolah kami masih atas bukit. guna tangga. and kau nk tahu berapa jumlah tangga sekolah aku dulu? 2 7 7 jumlahnya! huhhh? tk pcya? mehh aku hempuk dgn keyboard ni. betul aku tk tipu. skarang sekolah tu dh roboh coz skarang sekolah pun dah macam bangunan PAVI gitu tak ada atas bukit lg. HAHA. okay stop merepek, masa tu kan kami sekolah ada kelas agama masa petang. then masa balik kami juga boleh balik ambik telekung. punya lah terhegeh hegeh kan kami? pdahal masa kelas pagi dapat je bawak. punya terhegeh hegeh mcam M Daud Kilau kan ? okay tk kelakar pun. dah tu aku balik lah. sampai rumah punya lah penat mengalahkan org mendaki Gunung Everest tu. HAHA. then sampai rumah je aku tk tahu lah benda alah mana masuk otak suruh aku check peti ais tngok ada air ke tak? then terus je pg dapur rumah. bukak je kau tahu apa aku jumpa? Air Fruitade yg F&N tu. dah lah sejuk. Ya Allah aku punya nafsu dr 100% tetiba turun -0 % kau tngok? siap ada negative lg kan? HAHA. then apa lg aku minum lah then masa best aku minum tetiba nenek sebelah ayah aku masuk dapur and tanya apa aku buat. aku pun cakap lah yg aku simpan makanan utk berbuka . pdahal....... nasib baik nenek yg tu rabun. HIHI. otak aku mmg jahat. then dgn hati yg senang aku pg sekolah tanpa rasa bersalah. sampai sekarang org tk tahu. ehh? okay korg dah tahu? shttttttttt diam ehh *jelir lidah sambil shuffle

okay! *berdiri tegak . aku rasa sampai situ je KOT . lg pun jap g ada rancangan masak memasak bersama Ajuan Ali  ehh TYPO TYPO! bersama dgn Dr Fazley lah. okay lah . kalau nk cerita pasal terawih, main mercun, hari raya bagai mmg sehari korg tak habis. ntah ntah korg tk berbuka nt . okay merepek! nt lah entry lain aku cerita lg okay. setiap org yg baca entry ni mmg ke. kenangan masa puasa kan? tak kira lah ia pahit ke manis ia tetap digelar KENANGAN kan? jgn tipu. tk baik lah. bulan puasa ni *senyum senyum. 

Kenangan Mendewasakan Kita Semua Tidak Kira Ianya Sekejap Atau Lama Ianya Tetap Akan Digelar Sebagai K E N A N G A N ................



Note : kalau semua kenangan manis tu aku nk ambik je boleh? yg pahit tu semua kau punya. HAHA. kbyeeeeee .
Posted By ,
Hamba Allah Yang Comel 27

Apa Itu Kawan ? Rindu ?
Sunday 15 July 2012 | 23:11 | 0Hamba Allah Berbicara
Assalamualaikum readers! lama jgak tk update blog kan? *tipu pdahal mggu lepas baru update . ferra boring bila cuti lama sangat ni kan? ye lahh rasa kita ni mcam tk berguna je. alahaiii sedih haaa. bila tngah boring ferra teringat plak someone yg dulu nya pernah jd bestfriend ferra . dia lelaki . nama dia Ajuan Ali ehh Ya Allah typo typo! Amirul Syafiq lah . tahu kan? alaa yg entry dulu tu . haaa ingat kan? hm. ferra tetibe ingat kan dia hr ni . tk tau knp. ferra tahu dia mungkin dah lupa ferra . lupa nama ferra kot . takpe asal kan dia bahagia ferra akan bahagia jugak .

# Saya Akan Merindui Awak.........

sometimes ferra pon tak tahu apa maksud rindu . adakah rindu tu maksud dia kita jatuh cinta ? adakah rindu tu maksud dia kita sayang dia ? mcam tu ke? ferra pon confuse sometimes . tp yg ferra tahu bila kita rindu someone kita akan selalu ingat dia then kita akan senyum sorang sorang bila ingat sweet moment yg korg pernah hadapi bersama dgn dia . kan ? tu bg ferra lah. korg tak tahu plak kan ? tp kita ni berbeza . kau dgn dia . aku dgn dia . pasangan kita tak sama . hati pon tak sama . tp ferra bukan couple pon dgn si Amirul ni . dia just kawan ferra . kawan yg rapat sngat dgn ferra . tp kita org tk pernah jumpa . yg aku pasti kami mmg rapat sngat! susah lah nak explain . HAHA . kita punya hati lain kan? lain hati lain cara merindui . tp hati kita sama sama ada rasa rindu kan someone . kan? okay back to Amirul ni . dia mmg baik sngat kt ferra . dia tak pernah sakit kan hati ferra . sampai lah satu hr tu dia sakit kan hati ferra sampai ferra tk sedar yg airmata ferra keluar dgn sndr nya . knp? yes dia dah lupakan ferra hanya kerana dia dah ada "couple" . knp plak? ohh mungkin dia nk jaga hati couple dia kan? hati ferra? mana nak jaga . nama pon kawan kan? tp itu ferra dpat terima . yg ferra tak dpat terima is when dia block ferra dr FB . knp? ferra kacau relation amirul ke ? tak kan? ohh mungkin ferra buat amirul bersalah kan? ferra rasa mcam tu . takpe . ferra faham jgak . tp perlu ke abaikan friendship when youre in a relationship? tak kan? tp awak abaikan friendship yg InsyaAllah akan kekal sampai bila bila . mungkin awak penting kan couple awak . ye lah ferra ni biasa je d mata amirul . tp kan ferra tk kisah dah semua tu . tu dah berlaku dua bulan yg lalu . ferra sedikit demi sedikit dapat terima and lupakan awak . harap awak jgn hadir lg utk membuat luka balik dalam hati saya yg dah ada seorang lg kawan dah ubat kan . amirul ? awak akan tetap kawan saya even awak mungkin dah lupakan saya . saya okay dah sekarang (:

# Dia Bawa Aku Pelangi 



siapa dia tu ? awak lah . awak kan? tahu kan ? malas lah saya nk bg tahu . saya tahu "dia" yg saya maksudkan ada baca ni . dia tu selalu je buat buat tak tahu . dia kawan saya dah skarang . dia kawan imaginasi saya . dia kawan sedih saya . dia kawan gembira saya . dia kawan segala galanya bg saya . tak tahu lah pulak dia tu kan? kot kot dia tak anggap saya kawan pon . tsk tsk *lagu ombak rindu main . ye lahh kita ni bukan ada kuasa nk tahu apa yg ada di otak prg kan? kalau dia tk terima kita kena terima . bukan paksa dia . saya selalu gaduh dgn dia . selalu makan maggi dgn dia . selalu cubit pipi dia . selalu tarik rambut dia . selalu berebut remote dgn dia . tp tu semua just imaginasi kami berdua . nampak ? punya lah berlagak kan? tp dia tu lg berlagak dr saya . ehh awak ada baca ke? maaf maaf! ye tp thats the fact lah awak . awak punya emosi alahaiiiii kemain lg melebih dr wanita . nk je saya lempang lelaju kt awak. nak ke ? ye lahh kalau tweet je dgn dia mst ada word ni dia keluar kan "tampar sampai pengsan" elehh mcam lah kuat sngat kan? jgn nk berlagak lah. saya ni lg kuat dr awak okay *mak jemah . HAHA . saja je tak nak tunjuk kat awak . kalau sehari mmg tak sah awak nk tampar saya kan? kalau lah kita jumpa maybe muka saya yg comel ni hancur coz awak ! *muntah please . k awak ni baik actually . kawan yg memahami saya . awak lg baik dr Amirul tu coz saya tahu . bila saya dah lama kenal awak *tk lama mana . saya rasa mcam saya dihargai orang . awak buat saya happy selalu . tp awak ni suka ugut saya . and and awak ni cepat terasa . HAHA . saya tahu tu . tp awak ni kuat gurau lah . saya kata ni awak akan jd kan isu tu sbg gurauan kita kan? HAHA . mmg banyak idea awak nk berimaginasi ngn saya tu. sometimes saya rasa mcam awak ni penulis novel *muntah darah . tipu je pon . tp mmg betul lah idea awak bnyak nk gurau ngn saya . saya just harap awak tk mcam Amirul yg tk tepati janji kawan , kawan ni bukan mcam couple boleh tukar tukar je . kawan yg baik susah nk cari . kawan tu sngat berharga dr couple okay senget? HAHA

# Kawan ? Apa Itu Kawan ?



apa maksud kawan ni? berlari lari mendapatkan piala gambar bersama Ajuan Ali ke ? mcam tu ? kalau kau rasa mcam tu better kau tk payah ada kawan kan? *jeling. kawan ni dia bukan ada masa kita happy je . kawan lah yg sentiasa ada bila kita happy, sedih, or dlam apa jua keadaan kita masa tu . tp kawan mcam ni lah yg susah kita cari sekarang kan? nasib aku jumpa satu yg aku rasa dia boleh buat aku rasa semua yg aku sebut td . bila kita rapat dgn bestfriend kita org pertama yg jealous is BF/GF kita . knp? coz hubungan kita dgn kawan ni jauh lebih rapat dr dorg . kan ? kalau tk betul kau boleh baling aku ke sungai . k tipu . kawan bukan utk dikhianati . kawan utk disayangi . kawan bukan utk dijatuhkan . kawan utk memberi semangat kt kita . kalau kita tak faham apa itu maksud "KAWAN" mmg kita akan selalu bertukar tukar kawan . trust me .

okay aku rasa cukup sampai di sini je kan? ye lahh kalau baca banyak sngat dah mcam artikel plak kan? HIHI. yg penting hargai PERSAHABATAN kerana ianya susah di cari .

" Kawan yg always ada susah cari coz skarang banyak kawan yg SETENGAH JALAN"



post by Ferra27